How many of us are aware of this new crucial changes in the Malaysian Legal System. This system has been applied for the past 63 years.
Starting 1 August 2012, all Magistrate Courts, Sessions Courts and High Courts will be using single Court Rules replacing Subordinate Courts Rules and High Court Rules.
Starting 1 August 2012, all Magistrate Courts, Sessions Courts and High Courts will be using single Court Rules replacing Subordinate Courts Rules and High Court Rules.
This combine Court Rules is more simple and to unify standard procedure of both courts.
Pejabat Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
Putrajaya
Siaran Akhbar
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kaedah-Kaedah yang ditubuhkan di bawah seksyen 17 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan seksyen 3 Akta Kaedah Mahkamah Rendah 1955 yang terdiri daripada wakil Badan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam, Persatuan Peguam Sarawak, Persatuan Undang-Undang Sabah dan dipengerusikan oleh YAA Ketua Hakim Negara telah memperkenalkan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Rules of Court 2012)bagi menggantikan Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (Rules of the High Court 1980) dan juga Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 (Subordinate Courts Rules 1980). Kaedah Mahkamah baru menggabungkan Kaedah-Kaedah yang terpakai bagi kes sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah.
Tujuan Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ini dibuat adalah untuk memudahkan dan menyeragamkan prosedur sivil di Mahkamah serta meningkatkan mutu penyampaian sistem keadilan di Malaysia. Diantara ciri-ciri baru yang dibuat ialah;
i) prosidur sivil di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah diseragamkan dan dipermudahkan.
ii) untuk pertama kalinya, teks sahih bagi kaedah-kaedah ini dibuat dalam Bahasa Malaysia.
iii) cara memulakan kes di Mahkamah telah dipermudahkan daripada 4 cara kepada hanya 2 cara iaitu melalui writ saman (writ of summons) atau saman pemula (originating summons) sahaja.
iv) permohonan interlokutori di kedua-dua Mahkamah diseragamkan dengan hanya menggunakan notis permohonan dan tidak lagi saman dalam kamar (summons in chambers)
The full updates on this issue is available on www.kehakiman.gov.my and www.malaysianbar.org.my